YuP

Cahaya

March 2, 2017

Walk In KL

Assalamualaikum w.b.t

Aduh..kalo tak pergi berjalan-jalan seharian rasa macam punggung nie panas jer duduk rumah. Bila cuti weekend mesti nak ajak husband pergi jalan-jalan. Sebab kecian kat anak-anak asal cuti jer ikut ibu diaorang pergi bershopping. So kali ini en suami bagi cadangan bawa kami anak beranak pergi ke Tugu Negara dan bersiar-siar kat Taman Tasik Titiwangsa. Bagus juga cadangan en suami, kalo tanya isterinya memang nak pergi ke tempat bershopping barang-barang i dan anak-anak jer.




Terima kasih kepada en suami yang tak penah membantah kalo i ajak die kuar. Dah siap kemas rumah dan lipat kain baju, terus kami bersiap-siap pegi jalan-jalan. Sampai jer kat Tugu Negara terus kitaorang berselpie nak tangkap gambar dan masing-masing mula lah wat action macam2.








Kemudian tue, kami singgah cari-cari makan dan berselpie dekat KLCC. Selalu kalo datang KLCC asyik beli bershopping jer. Tak pernah pun menghayati pemandangan dekat dorm KLCC. Sekali sekala tangkap gambar Menara Kembar Petronaskan. 












Pastu dah penat berselpie dekat KLCC, kami bawa anak-anak bersiar-siar sambil main basikal di Taman Titiwangsa. Kowang layankan jerlah kehendak mood anak-anak nak bermain. 






Cukup la satu hari berjalan2 dekat 3 tempat ini. Saja nak release tension asyik cibuk keje jer. Sekali sekala bawak anak-anak jalan tengok pemandangan.