March 28, 2017

Majlis Kenduri Rakyat 1Wilayah Persekutuan Putrajaya

 
Assalamualaikum w.b.t
 
 
 
 
 
Blogger-blogger semua sihat ker?
Makcik yang menulis blog ini baru diserang penyakit batuk dan selsema yang teruk.
Tapi hati ini gigihkan jugak nak tulis blog.
Sebab memang nak sharing dengan kowang wat happened and activity yang kuarga kami ini buat time cuti weekend.
Rasa macam dah lama tak update citer pasal majlis2 yang bersangkut paut dengan family day.
 
 
 
 
 
Tapi dalam kes ini takde kena mengena pun dengan majlis family day kuarga I ataupun husband. Kali ini kami turut serta memeriahkan Majlis Kenduri Rakyat 1Wilayah Persekutuan Putrajaya. Untuk makluman kowang, majlis kenduri ini kali kedua pengalaman kami menghadirinya. Kononnya, berharap lagi untuk menang cabutan undi dengan memberi harapan kut-kut la dapat sebijik kereta Axia kan. Tapi dah nama takde rezeki, jadi redha la. Bersyukur la, dapat makanan free pun dah cukup untung. Yang pasti objektif aktiviti ini terlaksana.
 
 
 
 


 
 
 
 
 
Macam biasa aktiviti ini bermula pada pukul 7 pagi. Sah-sah la kuarga I tak dapat nak kuar pagi-pagi sangatkan sebabnya nak menguruskan anak-anak dulu pun dah amik masa. Tup-tup pukul 8 pagi gak baru boleh gerak ke sana. Majlis ini berlangsung di kompleks futsal Presint 8, Putrajaya. Sapa yang nak tau pengalaman pertama kami sekuarga pergi ke majlis kenduri rakyat 1wilayah Persekutuan ini, kowang boleh klik link tepi ini hah Hari Wilayah Persekutuan dan Putrajaya.
 
 
 
 
 

 
 
 
 
 
Tapi kali ini ada perbezaan dengan yang majlis kenduri yang pernah pergi. Yang seronok nyer ada pertandingan memasak antara presint2 di Putrajaya. Diaorang ini dah siap-siap diberi nama setiap cawangan. Pelbagai jenis juadah dan deco hiasan yang diaorang masak dan gubah.
 
 
 
 


 
 
 
 
 
 
 
Ada pertandingan mewarna untuk kanak-kanak yang berumur 7 tahun ke atas. So anak-anak ini tak dapat la sijil penyertaan mewarna just dapat pensil warna free dan juga kertas lukisan untuk mewarna. Dari situ la kowang lei tau yang anak-anak kowang ada minat dan bakat tak dalam mewarna.
 
 
 
 
 
 
 


 
 
 
 
 
 
Sambil mewarna tue dapat la mamee free setiap sowang. Bila dah dapat mamee free ini mula lah uqayla dah taknak mewarna. Cer kowang tengok betapa "hebat" nya uqayla mewarna. Musykil I dibuatnya sama ada uqayla ini mewarna ke or melukis bentuk ulat pada atas lukisan..hehehehe
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Dah penat mewarna, kami makan bihun dan pekena kopi o panas free sementara menunggu cabutan bertuah dipanggil. Ketika menunggu tiba-tiba ada pengumuman diaorang nak bagi KFC free tuk budak-budak jer tau. Jadinya kena la beratur. Kalo dah konsep beratur tue sewajibnya la kena beratur tapi ada gak parent yang jenis tak paham bahasa dok main tolak-tolak husband dan anak-anak I. Bukannya perlahan tapi kuat sampai nak terjatuh anak-anak I. Apa lagi menangis dan meraung la yang si kecik tue. 
 
 
 
 
 

 
 
 
 
 
 
 
 
Dengan keadaan cuaca yang panas terik, uqayla dan uwais pulak dah mula menangis disebabkan kes tolak menolak tue jadinya orang yang mengedar makanan tue tgk anak2 I dah menangis, terus dihulurnya. Walaupun depan kami tue ada budak-budak yang beratur tak dapat la. Orang tue pun dah takut dan kesian tengok anak-anak I dok mengelepuh jatuh jadinya dapat la kami makanan awal dari yang lain [owh..lupa nak gtau, kalo nak dapat KFC ini kowang kena bawa anak-anak sekali beratur baru boleh dapat]  
 
 
 
 
 

 

No comments:

Trip Big Island, Johor 2017

  Assalamualaikum w.b.t   Semoga Allah s.w.t merahmati anda semua. Ramai yang tanya ‘bila ko nak update cite ko...