February 19, 2016

Our January - Birthday Gegirl


Assalamualaikum w.b.t




Ohw yerr.. bulan januari nie memang hari sambutan lahir untuk anak-anak dara i. Mana tak nya tarikh lahir uqayla pada 8 januari 2016 manakala umairah pulak 15 januari 2016. Kedua-dua tarikh tue jatuh pada hari jumaat, termasuk la tarikh anniversary i pada 22 januari 2016 pada hari jumaat jugak.


Senang cerita, kami semua celebrate hari yang paling bersejarah dalam hidup kami. Disebabkan anak-anak i kecik2 lagi maka kami sebagai ibu bapa la kena buat celebrate untuk anak-anak kami..hehehehe. Tunggu anak-anak dah besar ckit baru boleh buat celebration untuk kami.



So tempat yang i suggest untuk kami menyambutnya adalah di Mid Valley Megamall. Jejalan beli hadiah sambil makan-makan dengan anak-anak. Lepas solat zohor, kami singgah makan kat foodcourt. Kat situ ada tempat makanan favourite anak-anak. 

















Kemudian kami singgah dekat kedai kasut Sketcher. Memang niat dah lama nak hadiahkan umairah dengan uqayla kasut "raya" awal. Sekali sekala berbelanja yang mahal tuk anak apa salahnya kan...hihihihi. dah dapat kasut masing2, terus uqayla nak pakai kasut baru die sebab bila pijak tapak kasut tue terus ada lampu. Siap pusing satu kedai dia pakai kasut tue. Konon nak menunjuk yang dia sowang jer ada kasut berlampu..kihkihkih..Semua orang senyum2 tengok gelagat uqayla yang persis "artis korea"..mehuehuehue.
















Last destination, kami sambut birthday anak-anak dengan makan kek di Coffee Bean. Sajer tukar angin makan kek kat sana. Selalu sangat makan kek kat Secret Recipe dengan Wonder Milk. Sesekali cuba tempat lain pula. Sedap dan menarik jugak tengok kek-kek kat situ. Lain daripada yang lain. Masing-masing order 1 slide kek sebagai dessert untuk pencuci mulut. Kalo tak order kek coklat memang tak sah. Makan dekat Coffee Bean nie just yang light2 sajer. 












Fokus betul adik bila makan kek butterscoth. Memang kek nie dapat thumb print untuk i. Sedap sesangat macam nak bawak balik satu biji kek nie. Since semua orang dah kenyang, baru ada mood anak-anak nak tangkap gambar.






















Itu jer sambutan hari lahir yang kami buat..masih lagi konsep mudah dan menggembirakan terutamanya anak-anak sebab dapat kasut baru...uhuuuhu...wassalam