November 29, 2013

Part 1: Tip Mustajab Memudahkan Bersalin (Diamalkan Oleh Suami)



 
Assalamualaikum w.b.t
 
Hai, hati nie dah lama nak sharing tip-tip yang i amalkan semasa mengandung. Tapi kali nie i nak kongsi tip-tip atau amalan-amalan yang wajib diamalkan oleh lelaki yang bergelar suami dan memiliki isteri yang sedang dan sarat mengandung. Bukan isteri yang mengandung ajer yang kena amalkan surah-surah dan amalan-amalan tertentu untuk TERBAIK anak yang dikandung tapi ramai yang tak tahu atau mungkin terlepas pandang bahawa doa dan peranan suami adalah yang paling mustajab bagi isteri-isteri yang mengandung.
 
 
Kalo asyik isteri je yang tunggang tongik baca al-quran dan berdoa tapi sang suami asyik dok goyang kaki then tunggu je isteri beranak memang la sesuai guna ayat "TAK DAPEK DEN NAK MENOLONG"...hihihihi..ayat yang paling kejam kalo dapat suami yang cakap "ORANG YANG MENGANDUNG LA YANG KENA BACA SURAH-SURAH UNTUK ANAK YG DIKANDUNG"...kalo nak ayat yang paling sakit hati and nak rasa tikam bila suami cakap "KO YANG MENGANDUNG BUKAN AKO YANG MENGANDUNG"...wahwahwah..memang pasni tutup kilang la nyer..hehehe
 
Alhamdulilah suami i bukan suami yang macam tue..beliau adalah suami dan ayah yang terbaik untuk i dan anak-anak i. Honestly rasa payah kut nak dapat suami yang macam suami i...kihkihkih..jangan mare ye..dah nama suami sendiri kan..(senang-senang i puji, senang-senang i dapat pahala..btul tak!). Ok tip kali nie since pregnantkan anak nombor 2 iaitu waktu mengandungkan muhammad uwais suami i amalkan dan wajib ok si suami amalkan..tak ada istilah ayat "TAK ADA MASA", "PAYAH SANGAT", "PANJANG SANGAT SURAHNYA" atau "ALA, KALO BUAT LEI SENANG BERANAK KER"...
 
 
Semua nie adalah salah satu usaha dan ikhtiar yang kita sebagai hambanya dapat buat. Selebihnya kita beserah kepadaNYA. Allah s.w.t tue Maha Adil dan Saksama. Sesiapa yang usaha lebih dia la yang dapat lebihkan. Antara amalan yang suami i amalkan selain membaca surah Maryam, Yusuf, Luqman dan at-taubah, beliau juga selalu mengamalkan surah Al-Insyirah (ayat 1-8). Ayat nie perlulah dibaca sebanyak 7 kali dan ditiup ke perut isteri yang sedang mengandung. Sambil ditiup tue lei la usap dan berniat mudah-mudah si isteri dipermudahkan dan selamat bersalin serta dimohon jua kesihatan isteri dan bayi yang dikandung.
 
 
Bukan susah sangat pun. Surah nie pun acap kali baca time solatkan. Ingat yer, amaran keras i untuk suami-suami di luar sana jangan harap nak senang jer kalo tak ada usaha. Bukan mudah seorang isteri mempertaruhkan diri dan nyawa semata-mata bayi yang dikandungnya. Cuba telik dan lihat muka isteri yang mengandung tue. Tak ker kecian. Ish..ish..alamak terlebih emotional plak..hehehe..{nasib lar tak dapat husband yang pagai camtu..mintak simpang 44 la}
 
 
*click pic tuk tumbesaran uer*

Next entry ada lagi tip yang WAJIB diamalkan oleh si suami bagi isteri mereka-mereka yang mengandung...huhuhuhu..amalkan tau..tak rugi pun.. LOVE Yaaaa

Trip Big Island, Johor 2017

  Assalamualaikum w.b.t   Semoga Allah s.w.t merahmati anda semua. Ramai yang tanya ‘bila ko nak update cite ko...