YuP

Cahaya

November 29, 2013

Part 1: Tip Mustajab Memudahkan Bersalin (Diamalkan Oleh Suami)



 
Assalamualaikum w.b.t
 
Hai, hati nie dah lama nak sharing tip-tip yang i amalkan semasa mengandung. Tapi kali nie i nak kongsi tip-tip atau amalan-amalan yang wajib diamalkan oleh lelaki yang bergelar suami dan memiliki isteri yang sedang dan sarat mengandung. Bukan isteri yang mengandung ajer yang kena amalkan surah-surah dan amalan-amalan tertentu untuk TERBAIK anak yang dikandung tapi ramai yang tak tahu atau mungkin terlepas pandang bahawa doa dan peranan suami adalah yang paling mustajab bagi isteri-isteri yang mengandung.
 
 
Kalo asyik isteri je yang tunggang tongik baca al-quran dan berdoa tapi sang suami asyik dok goyang kaki then tunggu je isteri beranak memang la sesuai guna ayat "TAK DAPEK DEN NAK MENOLONG"...hihihihi..ayat yang paling kejam kalo dapat suami yang cakap "ORANG YANG MENGANDUNG LA YANG KENA BACA SURAH-SURAH UNTUK ANAK YG DIKANDUNG"...kalo nak ayat yang paling sakit hati and nak rasa tikam bila suami cakap "KO YANG MENGANDUNG BUKAN AKO YANG MENGANDUNG"...wahwahwah..memang pasni tutup kilang la nyer..hehehe
 
Alhamdulilah suami i bukan suami yang macam tue..beliau adalah suami dan ayah yang terbaik untuk i dan anak-anak i. Honestly rasa payah kut nak dapat suami yang macam suami i...kihkihkih..jangan mare ye..dah nama suami sendiri kan..(senang-senang i puji, senang-senang i dapat pahala..btul tak!). Ok tip kali nie since pregnantkan anak nombor 2 iaitu waktu mengandungkan muhammad uwais suami i amalkan dan wajib ok si suami amalkan..tak ada istilah ayat "TAK ADA MASA", "PAYAH SANGAT", "PANJANG SANGAT SURAHNYA" atau "ALA, KALO BUAT LEI SENANG BERANAK KER"...
 
 
Semua nie adalah salah satu usaha dan ikhtiar yang kita sebagai hambanya dapat buat. Selebihnya kita beserah kepadaNYA. Allah s.w.t tue Maha Adil dan Saksama. Sesiapa yang usaha lebih dia la yang dapat lebihkan. Antara amalan yang suami i amalkan selain membaca surah Maryam, Yusuf, Luqman dan at-taubah, beliau juga selalu mengamalkan surah Al-Insyirah (ayat 1-8). Ayat nie perlulah dibaca sebanyak 7 kali dan ditiup ke perut isteri yang sedang mengandung. Sambil ditiup tue lei la usap dan berniat mudah-mudah si isteri dipermudahkan dan selamat bersalin serta dimohon jua kesihatan isteri dan bayi yang dikandung.
 
 
Bukan susah sangat pun. Surah nie pun acap kali baca time solatkan. Ingat yer, amaran keras i untuk suami-suami di luar sana jangan harap nak senang jer kalo tak ada usaha. Bukan mudah seorang isteri mempertaruhkan diri dan nyawa semata-mata bayi yang dikandungnya. Cuba telik dan lihat muka isteri yang mengandung tue. Tak ker kecian. Ish..ish..alamak terlebih emotional plak..hehehe..{nasib lar tak dapat husband yang pagai camtu..mintak simpang 44 la}
 
 
*click pic tuk tumbesaran uer*

Next entry ada lagi tip yang WAJIB diamalkan oleh si suami bagi isteri mereka-mereka yang mengandung...huhuhuhu..amalkan tau..tak rugi pun.. LOVE Yaaaa

November 19, 2013

3rd Pregnant: 34 Weeks



Assalamualaikum w.b.t


Now 34 minggu usia kandungan baby dalam pewut nie...ok, kat sini gak nak explain yang kandungan i kali nie bukanlah anak pertama or kedua tetapi ketiga..hehehe. taksub tak i nak mengkhabarkan nye. Hebat sesangat ke kan. Chewah-chewah.


Apa-apa pun semalam i pergi check up di KK Putrajaya Presint 9. Then cam biasa wajib ditemani oleh suami tercinta. Kalo encik suami kena outstation, haruslah date check up kena tukar ok!. Tak best kalo tak ada "bear" sebelah untuk tempat nak landing kepala nie sambil-sambil kunyah kerepek and minum air kotak dekat bahu encik suami..huikhuikhuik.


Dari pregnantkan anak pertama sampai la anak yang ketiga nak gak encik suami temankan..cam lah tak lei pergi sendirikan..memang gedik tau...hihihi..nasib baik la encik suami layankan jer. So waktu checkp up alhamdulilah HB ok, urine test ok, baby dah kedudukan Cephalic {that means, kepala baby dah ke bawah}. Next appointment (36 weeks) baru jumpa doc and jumpa baby dalam pewut {scan}.


Kepada sesiapa yang tanya i, pewut yang membuyut nie tak der rasa sakit apa-apa ker sekarang?..jawapannya: actually kaki yang dulu having cramp or urat simpul biawak nie alhamdulilah dah berkurang {since consume ESP shaklee sebulan} memang nampak kesan nyer. Minum susu kambing still i minum {ambil paket susu kambing Hi Goat} nampak perubahan pada badan ibu..kesan pada baby kena tunggu baby dalam pewut keluar dulu la..hihihi..time nie pun dah mula rajin makan kurma and air kelapa.



Tapi kekadang tue kaki ini rasa lenguh-lenguh sesangat..manernya tak "hebat" sakit kaki sebab mengejar anak bujang yang semakin lasak dan cerdik ok..tak kurang gak dengan anak dara yang sentiasa nak dilayan macam permaisuri..hihihi..tapi apa-apa pun puas hati anak-anak ada depan mata..sayang and cinta anak-anak ketat-ketat ok!!!


Tue la harta yang i boleh bawa sampai akhirat..mudah-mudahan anak-anak ibu menjadi anak-anak yang soleh dan solehah...amin..ok lupa nak gitau..i nak sharing dengan uall's doa untuk memudahkan bersalin..boleh search kat PAKCIK GOOgle..taip bismillah enam..amalkan setiap kali solat..fadhilat bukan setakat mudah bersalin malah sebagai penawar penyakit. Manusia mampu berusaha dan bertawakal, selebihnya kita serah kepadaNya..


p/s: perasaan takut and gemuruh dah datang..hahahaha...gedik tau padahal dah anak ketiga..yer la lain anak lain caranyakan...kihkihkih..pe-pe doakan i dan baby sihat-sihat ok..

November 12, 2013

Khasiat Susu Kambing Bagi Wanita, Ibu Hamil dan Kanak-kanak



Assalamualaikum w.b.t
 
 
Dah lama nak sharing pasal minum susu kambing nie..hikhikhik...memang tak dinafikan khasiat minum susu kambing nie adalah salah satu sunnah pemakanan idola i iaitu Nabi Muhammad s.a.w..tapi biasa la manusia benda yang elok bukan nak ikut pun kan..kan..kan..{adui la..terkena diri sendiri}...mesti la uall's tertanya awat time preggie kali nie rajin bebenar baru nak minum susu kambing..hahaha..memang la dulu teramat la degil nak dengar nasihat mama and husband i..bila dah terkena batang hidung sendiri baru la terhengeh-hengeh bagi anak yang dah kena jaundis minum susu kambing..pastu tension dok bila orang-orang sekeliling kata "eh, tak elok bagi baby minum susu kambing manyak-manyak..nanti panas badan budak..sepatutnya maknye kena minum susu"...ermmm kalo dah "lagu" tue hang nak habak apa..baru la terkinja-kinja nak minum susu kambing bagainya..
 

: perisa baru - kurma + madu




: pastikan yang ori ye sayang

 
 
Kalo uall's tanya i boleh ke telah susu kambing nie..jawapannya depend pada individu tersebut..agak-agak kalo minum susu kambing segar rasa tekak loya, minum la susu kambing yang jenis packet {serbuk}..sekarang nie pun dah banyak keluaran susu kambing yang jenis packaging...yang paling famous Susu Kambing Hi Goat (No Sugar)...sekarang nie pun dah bermacam-macam campuran keluaran syarikat Hi Goat buat..baru-baru nie ternampak kotak keluaran Hi Goat tapi beserta campuran madu dan kurma..tak payah pening-pening kepala nak telan macam-macam..bagi people yang jenis suka minum susu kambing yang jenis fresh dari ladang pun ada..nak dapat murah kena terus direct ke ladang mereka..MEMANG Terbaik!!~~..harga pun lei dapat murah..kalo beli yang dah ada packaging jenis botol-botol dekat pasaraya mahal sikit la..paling mahal pun dalam RM5.90 sebotol..

 
 
 
 
 
Sapa-sapa yang tanya i, i pernah yang which one untuk 3rd pregnant nie..dua-dua i boleh minum dan amik..alhamdulilah...cuma sekarang nie i lagi banyak consume jenis paket serbuk iaitu Hi Goat sebab senang nak bawak mana-mana and mudah letak dalam handbag...mesti siap-siap bubuh wat stok dalam handbag...since yang jenis fresh nie i akan cairkan dan minum dekat rumah jer..stok susu kambing dalam freeze ada la dalam 5 botol...kadang-kadang tak berapa rajin nak membeli..so susu kambing Hi Goat kena beli yang siap banyak-banyak dalam storage dapur i..tapi kena make sure yang origional tau..korang boleh search kat internet untuk membezakan yang origional dan tiruan..
 
 
Kebaikan Susu Kambing
 
Susu kambing kaya dengan protien, enzim dan mengandungi faktor anti penuaan, antiarthritis serta antibarah. Ia mengandungi antibodi untuk merawat penyakit gastrik, demam kuning, lelah, penyakit kulit, memulih tenaga batin, sakit jantung peringkat awal, ulser perut serta membantu dalam pembentukan tulang dan gigi serta berbagai lagi penyakit kerana susu kambing merupakan makanan tambahan yang baik untuk kesihatan.


Khasiat Susu Kambing

  • Kaya dengan protein, enzim dan mengandungi faktor anti penuaan, antiarthritis serta anti barah.
  • Mengandungi antibodi untuk merawat penyakit demam kuning, lelah, penyakit kulit, gastrik, sakit jantung peringkat awal, ulser perut, memulih tenaga batin dan membantu dalam pembentukan tulang dan gigi.
  • Merupakan makanan tambahan yang baik untuk kesihatan.

Rawatan:



  • Merawat Kencing Manis
  • Sakit Jantung dan Darah Tinggi
  • Gastrik
  • Asma (Lelah)
  • Acute Anemia
  • Tulang Belakang Reput
  • Angin Ahmar
  • Insomnia
  • Kebas Kaki dan Tangan
  • Migrain
  • Semput
  • Masalah Keletihan
  • Masalah Kulit
  • Masalah Ketika Mengandung dan Kelahiran
  • Masalah Susah Buang Air Besar dan Buasir


Semua tahukan susu kambing adalah susu kedua terbaik selepas susu ibu..so tak rugi pun uall's minum kalo untuk kesihatan badan..tak kisah la untuk ibu hamil, yang tak hamil, golongan berusia, kanak-kanak or bayi (up to 6 month)..moga-moga pe yang diusahakan membuahkan hasil..tapi kalo yang dah minum and ckp ank still kena jaundis..terima dan berubat la..kita dah berusaha setakat mana kita mampu..semuanya terserah kepada yang maha esa..kalo yang jenis berdarah 0 risiko untuk anak mendapat jaundis memang lah tinggi..tapi seperti yang i kata tak salah untuk mengcuba..ok..semoga apa yang i kongsikan nie dapat dimanfaatkan sebaik mungkin {nasihat untuk diri sendiri jua} kihkihkih..

November 4, 2013

3rd Pregnant: 32 Weeks



Assalamualaikum w.b.t


Alhamdulilah arinie genap 32 weeks my 'US' dalam pewut nie...hopely sihat dan sempurna sifat dalam pewut ibu..today it's my check up..tapi check up i waktu petang so malas nak pergi cepat-cepat since KK Putrajaya pun dah consisten cara jadual dan cara mereka attend their patient/client...for ur information check up 3rd pregnancies i nie di check oleh nurse yang sama and yang mula-mula i open book..yang specialnye, i punya neighbour yang check up kan i so memang senang sesangat dengan die..tak perlu susah-susah..terbaik jer layanan..kihkihkih..actually waktu i pregnantkan uwais lagi die dah entertain i...cuma waktu tu bertukar ganti sekejap dengan nurse lain..


Bagi i better nurse yang sama yang check up kita sebabnya die dah tahu apa masalah kita dari minggu pertama buka buku hingga la bersalin..so 32 weeks nie, sakit-sakit pingang memang dah datang..memang tak selesa ok..jangan ditanya ada ubat tak untuk ibu preggie nie...ada!!!! but tunggu sampai bb comei dalam pewut nie keluar dulu..memang sakit pinggang automatik dah tak sakit..kalo pergi klinik pun doc akan just suggest bagi panadol and mc sahaja untuk meredakan kesakitan pinggang yang dialami..






 
By the way hari jumaat (1.11.2013) i mc, tak datang keje...reason nya..sakit kepala, sakit pinggang, sakit tekak dan selsema..and then anak-anak pula tak sihat so memang i tak larat nak datang keje..tapikan...kat sini i just nak sharing la kan..semenjak i consume ESP Shaklee {minum juga ketika badan tak sihat} alhamdulilah sakit i tue sekejap je..virus tue terus hilang..but nie semua kuasa Allah s.w.t..sesuatu penyakit datang dan pergi adalah mengikut kehendakNya..kita hanya mampu berusaha mencari pengubatnya dan berdoa semoga penyakit nie cepat-cepat sembuh..betul tak..yakin padaNya..
 
 



Sometimes kalo pekena air sejuk batu pun lei kena balik sakit tekak nie {heheheh..mane lei tahan tengok owang minum air sejuk ketulkan} kihkihkih..harap-harap semuanya selamat dan sihat-sihat hendakNya..

wasalam...luv yo!~