July 3, 2012

Majlis Bacaan Yassin Dan Doa Selamat

Assalamualaikum w.b.t

Untuk pengceritaan kali ini, i nak story mory mengenai majlis bacaan yassin dan doa selamat yang diadakan di rumah keluarga i pada 30.6.2012 (sabtu) aritue. Majlis ini berlangsung pada pukul 8.15pm sehinggalah 10.00pm iaitu selepas solat maghrib. Tetamu2 yang menghadiri majlis ini adalah terdiri dari ustazah dan sahabat mama i (kumpulan bacaan yassin wanita di Bandar Baru Sungai Buloh)..Menu hidangan disajikan adalah nasi lemak + sotong sambal + ayam goreng berempah + rendang daging + pulut kuning dan dessertnya adalah puding cocktail buah buahan + muffin coklat dan blueberry (order dari kakak ipar). Alhamdulilah majlis berkenaan berjalan dengan lancar. Semoga doa-doa kami dimakbulkan olehNYA..dan dipermudahkan segala urusan dan proses kelahiran bb dalam pewut ibu nie nanti yang tinggal lagi bepa minggu sahaja...teruja tau!!!~~ doakan kami yer..AMIN

: selesai sudah majlis bacaan yassin + doa selamat

: doorgift untuk tetamu yang hadir (pulut kuning + daging rendang + muffin + air mineral)