YuP

Cahaya

June 29, 2011

Amalan Kebahagian Rumah Tangga I

Assalamualaikum w.b.t...

Berikut merupakan amalan i semenjak bergelar isteri kepada Encik Mohd Muzli Bin Md Kadiran...insyaallah semoga amalan nie sentiasa i amalkan hingga ke akhir hayat:>>

 

* Cium tangan suami dan dahi isteri setiap kali sebelum berpisah ke tempat kerja masing-masing (siap kiss g tue....hohohoho).

* Jika berpisah lebih dari sehari seperti untuk tugasan luar daerah, tambah rutin harian tadi dengan pelukan dan ciuman di bibir.

* Walau sesibuk mana sekali pun, luangkan masa untuk menelefon pasangan sekurang-kurangnya sekali walau sekadar untuk bertanya apa yang sedang dilakukan (selalu sangat..walhal lei jer cakap kat umah..ahahaha).

* Sentiasa ucapkan kata-kata sayang seperti I love you sepenuh hati sebelum keluar kemana-mana, menamatkan perbualan di telefon dan sebelum tidur (memang selalu ucap..dalam bahasa Korea...SarangHeyo Ayang!!!).

* Sentiasa mencari peluang untuk makan tengah hari bersama kerana pastinya ia tiada gangguan anak-anak jika pada hari berkerja (selalu sangat sampai opismate pun menyindir..hihihii...jgn jelous yer).

* Amalkan bertanya apa yang berlaku sepanjang hari selepas pulang dari kerja sebagai tanda mengambil berat dan memberi peluang pasangan meluahkan perasaan (Sharing is Caring...hehehe).

* Luangkan masa untuk berbual tentang apa sahaja dari isu rumah tangga hinggalah politik semasa sebelum tidur (politik nie xbepa minat sangat nak cakap kami berdua).

* Mudah berbaik jika berlaku sebarang pertelingkahan, jangan biar berlarutan walau untuk satu jam sekali pun apatah lagi berhari-hari (jangan sampai 3 ari..kalo merajuk 5mint tue..udah2 la yer..).

* Temani pasangan semasa menonton rancangan kegemaran walau sambil membaca akhbar misalnya kerana apa yang penting ada berada di sisi (kami masih amalkan tengok wayang bersama..terbaru nie cadang nak tgk Transformer..cian adik iparku kne jaga my pretty gurl).

* Jangan sesekali berpisah tempat tidur walau anak sudah berderet atau usia sudah meningkat kerana ia adalah salah satu amalan penting untuk mengeratkan kasih sayang (my pretty gurl masih kecil g so memang kne tdo sama..ada gak hubie request suwuh i letak my pretty gurl kt bb cot..last2 masing2 xsampai ati...berani cakap dimulut jer nak wat xsampai ati..hihihi) .

* Amalkan sembahyang berjemaah semasa di rumah, berdoa bersama serta bersalam-salaman selepasnya (tgk jer la gambar kat bawah...hohoho).

* Biasakan bergilir gelas atau pinggan semasa makan serta tidak segan atau geli untuk menghabiskan makanan atau minuman isteri atau suami (sentiasa buat..masing2 malas nak basuh manyak gelas..kalo pinggan tue satu sowang la..cuma saling suap menyuap..).

* Sesekali buatlah kejutan seperti membeli hadiah atau kad untuk peristiwa tertentu, memakai pakaian dalam yang seksi atau apa sahaja yang anda tahu pasangan pasti menyukainya (no comment..hubie i xkasi x-plain).

* Senda gurau dalam rumah tangga amat penting, ceritalah sesuatu yang kelakar, teka teki atau apa sahaja yang membolehkan anda ketawa bersama.

* Sentiasa kenang pengorbanan masing-masing seperti susah payah isteri melahirkan anak dan suami yang berkerja keras \ menyara keluarga (feedback kisah cinta kami berdua).

* Sesekali tukar gaya penampilan agar ada kelainan serta untuk mengelakkan pasangan merasa jemu (alhamdulilah setakat nie xde komen dari hubie i cuma die xkut kalo wife die lawa bebenar...huhuhuhu).

* Apa sahaja masalah yang timbul, berterus terang dan berbincang bersama untuk menyelesaikannya (terutamanya dari segi kebajikan Nur Umairah a.k.a my pretty gurl).

* Sentiasa menyimpan tekad untuk menjadi suami/isteri yang baik dalam rumah tangga bahagia kerana fikiran positif akan memudahkan anda mencapai matlamat tersebut.

* Jika amalan-amalan di atas tidak pernah dilakukan sehingga anda membacanya hari ini, jadikanlah ia sebagai titik permulaan untuk melakukannya tanpa rasa ragu dan malu. kalau ada tips-tips yang lain boleh kita berkongsi lagi.